Ahmad Najib Aris Canny_Ong

Ahmad Najib Aris bukan seorang penganggur dan telah beristeri dan mempunyai dua anak. Dia bekerja sebagai pencuci kabin kapal terbang dan berasal dari Perak dan menetap di Pantai Dalam. Ahmad Najib yang sekadar lulusan Tingkatan Tiga, tergerak untuk menculik Canny Ong kerana melihat penampilannya yang cantik, ramping dan berjalan seorang diri di malam sunyi. Ahmad Najib tahu akan selok belok BSC kerana pernah bekerja di situ.

Pakar kriminalogi dan psikiatri, Dr. Geshina Ayu Mat Saat mengesahkan Ahmad Najib tidak psikotik dan dapat berfungsi seperti biasa. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan rakan-rakan sejawat dan sejiran.

Pada Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan dia dihukum gantung sampai mati. Pada tahun 2009, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap hukuman mati. Semasa perbicaraan, dia hanya mendiamkan diri dan menangis apabila dijatuhi hukuman gantung.

Pada hari Jumaat, 24 September 2016, sejurus selepas subuh, Ahmad Najib telah dihukum gantung sampai mati[7][8] oleh polis, mengakhiri kes ini selepas 13 tahun berlaku dan selepas 8 tahun dia dijatuhi hukuman.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Canny_Ong http://www.citvasia.com/shows/murder-canny-ong http://www.malaysiandigest.com/news/633366-canny-o... http://www.youtube.com/watch?v=J6x_BxNw6FU&feature... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=12... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/24/c... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://mynewshub.my/2011/12/08/masih-ingatkah-pemb... http://www.thesundaily.my/news/233179